Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan.Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab , guru kian menemukan halangan,kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru.Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi,mereka akan mengalami tekanan emosi.