Definisi Stres

APAKAH ITU STRES?


Stres merupakan perkataan pinjaman yang berasal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan. Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya sehingga dia tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Kempen Cara Hidup Sihat yang dilancarkan pada tahun 2000, stress merupakan suatu penyakit yang menyerang fizikal dan mental. Kesihatan mental yang dimaksudkan ialah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat masyarakat.


Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi. Hans Selye (1963) pula telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan  boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia. Dari konteks pendidikan,  Kyriacou (2000) merangkumkan stress sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini.



Secara keseluruhannya stres adalah :

  • Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.
  • Gangguan fungsi kehidupan.
  • Perubahan dinamik menyebabkan individu berdepan dengan masalah dan desakan hidup.
  • Keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.
  • Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu.
  • Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.

Rainbow Arch Over Clouds