BAB 4 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan. Ini kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stres dan tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stres yang dihadapi, maka sukarlah baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Rainbow Arch Over Clouds