BAB 4 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan. Ini kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stres dan tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stres yang dihadapi, maka sukarlah baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Definisi Stres

APAKAH ITU STRES?


Stres merupakan perkataan pinjaman yang berasal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan. Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya sehingga dia tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Kempen Cara Hidup Sihat yang dilancarkan pada tahun 2000, stress merupakan suatu penyakit yang menyerang fizikal dan mental. Kesihatan mental yang dimaksudkan ialah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat masyarakat.


Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi. Hans Selye (1963) pula telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan  boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia. Dari konteks pendidikan,  Kyriacou (2000) merangkumkan stress sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini.



Secara keseluruhannya stres adalah :

  • Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.
  • Gangguan fungsi kehidupan.
  • Perubahan dinamik menyebabkan individu berdepan dengan masalah dan desakan hidup.
  • Keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.
  • Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu.
  • Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.

Gangguan Stres

Stress Menyebabkan Gangguan Kepada….


- Personaliti
- Tingkahlaku
- Emosi



Stress & Personaliti

Mengakibatkan seseorang berubah 100 peratus daripada keadaan sebenarnya.

Contoh : Jika dahulu dia seorang yang rajin, kemas, sistematik dan bersih > tidak terurus, malas,tidak menjaga kebersihan diri, tempat kerja dan persekitarannya .



Stress & Tingkahlaku


Masalah yang dihadapi seseorang menyebabkan tingkah lakunya berubah yang bukan melambangkan dirinya yang sebelum ini

Contoh 1 : dahulu selalu datang awal ke tempat kerja > selalu datang lambat atau ponteng kerja

Contoh 2: seorang yang sebelum ini panas baran > pendiam, atau sebaliknya.



Stres & Emosi


Menjadikan seseorang itu tidak stabil dari segi emosi. Apabila dalam situasi yang teruk , stress boleh mengakibatkan gangguan jiwa.

Contoh : Marah dan sedih tidak menentu.

Punca Stres

Dari Mana Datangnya Stress ?



Punca Fizikal

-   Jenis kerja
-   Beban kerja
-   Waktu kerja
-   Tanggungjawab
-   Perkembangan kerjaya
-   Pelanggan
-   Pengurusan dan organisasi
-   Peraturan
-   Persekitaran kerja
-   Taraf Pekerjaan
-   Keselamatan
-   Umur
-   Gaji
-   Gaya hidup
-   Kesihatan


Punca Sosial

-   Hubungan
-   Komunikasi
-   Gangguan kerja (buli)
-   Gangguan seksual
-   Perubahan hidup
-   Penerimaan masyarakat


Punca Psikologikal

-  Personaliti
-  Pemikiran negatif
-  Workaholic/Perfectionist
-  Ancaman diberhentikan kerja
-  Diskriminasi



Tanda-Tanda Stres

Simptom Fizikal



  Sakit kepala

  Cepat penat atau letih

 Gangguan tidur, insomnia

  Sakit otot

  Tidak bermaya & banyak berpeluh

  Sakit dada dan sesak nafas (seolah-olah diserang penyakit jantung)

  Cirit-birit, kerap buang air ,loya dan muntah

  Penurunan atau pertambahan berat badan

  Masalah hubungan kelami

  Mendapat penyakit seperti asma, sakit jantung dan darah tinggi.


Simptom Psikologikal



 Cepat marah, mudah hilang kawalan

 Gementar dan berdebar-debar

 Tidak tenang

 Risau dan gelisah

 Murung

 Cepat bosan

 Pendiam

 Kecewa


Simptom Sosial



 mengakibatkan hubungan terjejas antara rakan sekerja

 majikan(suami isteri, jiran tetanggga, dan rakan-rakan lain)

 sering ponteng kerja

 produktiviti merosot

 penyalahgunaan dadah

 menghisap rokok secara berlebihan

 dan mungkin membawa kepada berlakunya kemalangan,


Simptom Mental



 Pelupa

 Hilang tumpuan

 Lemah pertimbangan

 Tidak terurus

 Keliru

 Tidak dapat berfikir dengan baik

 Berfikiran negatif.

Kesan Stres


    FIZIKAL

Pening Kepala/Kering Mulut
Tegang Otot/Sesak Nafas
Mudah letih/Sembelit
Muntah/Ruam /Masalah Kulit
Sakit Perut /Dada /Pinggang
Kurang / Lebih Tidur
Kurang / Lebih Makan
Masalah Seksual
Degupan Jantung Cepat
Tekanan Darah Tinggi


      EMOSI

Berubah-ubah
Kemurungan
Agresif/Gelisah /Gugup
Mudah Marah
Mengasingkan Diri
Mudah Menangis /Takut
Kurang Kawalan Diri
   Kurang Minat


     MENTAL

  ◆ Kurang Tumpuan
  ◆ Ingatan Lemah
  ◆ Tidak Rasional
  ◆ Mimpi Ngeri
  ◆ Bercelaru




Langkah Menangani Stres


LANGKAH MENGATASI STRES 


Ø perlu belajar mengatakan tidak dalam kehidupan peribadi atau profesional 
Ø tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
Ø praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
Ø mengelakkan diri mencapai tugas yang terlalu banyak dalam kehidupan seharian 
Ø berkomunikasi secara berkesan
Ø tangani kritikan dengan baik
Ø mengelakkan diri daripada individu yang menyebabkan stres
Ø tangani kemarahan dengan berkesan 
Ø banyakkan membaca
Ø atasi masalah dengan berkesan
Ø kongsi masalah atau meluahkan dengan orang yang boleh dipercayai.
Ø melibatkan diri dengan forum atau perbincangan
Ø teknik yoga dan pernafasan mendalam untuk meregangkan otot-otot
Ø elakkan melakukan kerja melampau dalam jangka masa yang panjang
Ø tidak membawa pulang kerja ke rumah
Ø luangkan masa bercuti 
Ø jalinkan hubungan baik
Ø tidur yang mencukupi
Ø lakukan senaman ringan
Ø cara berkomunikasi dengan orang lain
Ø mengurus masa dengan betul dan sistematik 
Ø persekitaran dan suasana pejabat yang selesa
Ømendengar muzik  
Ø tingkatkan keyakinan diri
Ø pendekatan aroma terapi

Jenis Dan Punca Burnout

 
3 JENIS BURN OUT

i) keletihan emosi :
          dijelaskan dengan perasaan kelesuan dan kehabisan tenaga





ii) depersonalisasi : 
           sikap emosional terhadap murid seolah-olah mereka objek yang tidak berguna
           serta melabel murid dengan  istilah-istilah tertentu

iii) kekurangan pencapaian peribadi



 
PUNCA PROFESIONAL
•       
          -Persekitaran kerja
•        -Perubahan
•        - Beban kerja yang berlebihan
•        - Konflik peranan






PUNCA PERIBADI

•         Kurang maklum balas & komunikasi
•         Taraf hidup
•         Kesihatan







 
•         kestabilan Kewangan
•         Perhubungan
•         Kurang kawalan terhadap matlamat diri 
•         Rasa malu yang berlebihan


                  
 




Tanda-tanda Burnout

 
1. Tanda fizikal
- rasa ketandusan dan letih



-perubahan masa tidur dan pemakanan
-gangguan penghadaman
       -susah tidur
 
-rasa keletihan sepanjang masa
-imuniti rendah
-kerap sakit kepala

 

 
-sakit belakang
-sakit otot







2. Tanda Tingkah Laku
    -mudah marah
    -sensitif
    -sukar mengawal perasaan
    -mudah menangis
    -rasa beban tugas 
    -mengundur diri dari tanggungjawab
    -asingkan diri daripada orang lain
-menangguh tugas dan mengambil masa yang lama untuk siapkan
-menggunakan bahan alkohol atau ubat untuk selesaikan masalah
-mengalihkan kekecewaan kepada orang lain
-mengabaikan tugas, datang bertugas lewat tetapi balik awal








3. Tanda Emosi

-rasa kegagalan dan keraguan kendiri
-terlalu penat, jemu dengan kerja rutin/berulang-ulang 
 dalam jangka masa yang panjang
-kurang kemahiran
-tidak berupaya/bermaya
      -kurang berpuas hati
-penempatan kerja yang tidak sesuai
-rasa tidak dihargai
-ekspektasi terlalu tinggi
-kurang bermotivasi
-asingkan diri
-imej negatif dan sinis.

Rainbow Arch Over Clouds